"Peminta sedekah di kedai kedai makan"
kalau korang cakap tak pernah nampak aku berani bet korang tipu.
nak cerita sikit pasal ni tp kejadian di berlaku 2 bulan lepas rasa nya
korang tahu restoran mamak Ali Maju dekat bukit antarabangsa sana?
dekat situ lah tempat aku
lepak-lepak dan fikirkan nasib ku ini minum selepas tamat waktu kerja ku
selalu nya aku disini bila parents aku outstation
ada satu kali ni
sedang aku lepak-lepak di sana
sedap-sedap makan tosei yang sememang nya kick rasa nya dekat restoran mamak ini
datang lah seorang gadis
(gadis ke? nak cakap makcik tak lah tua sangat. gadis sedap sikit kan)
dekat aku dengan membawa sebatang tongkat.
gadis tu diiringi seorang kanak2 perempuan yang lebih kurang 12 tahun usia nya
tidak sempat abis apa kanak-kanak tu cakap,
dengan segera aku hulurkan rm1 kepada dia
dengan ucapan terima kasih dia berlalu pergi ke meja makan lain
"sory lah adik kakak lapar ni, malas nak dgr kau cakap apa"
sesudah makan aku tunggu perut aku yang senak dengan tosei yang marvelous ni reda dulu.
sesudah itu dengan segera aku pergi ke kaunter pembayaran untuk membayar teh'o ais dan sekeping tosei yang baharu sahaja aku makan tadi
semasa perjalanan menuju ke kereta aku aku ternampak gadis buta tadi sedang berjalan lenggang tanpa menggunakan tongkat simpati nya
tanpa melengah aku mengekori gadis tersebut.
waterpark!!!
gadis yang aku beri derma tadi sedang mengstart kereta proton waja dan berlalu pergi
apakan daya aku
hebat sungguh gadis tersebut
mampu memandu kereta mungkin dengan menggunakan deria sahaja
huh
duhai hamba -hamba Allah sakalian tak ada cara lain ke nak dapatkan pendapatan sampingan?
cara itu kan yang kau pilih.
tak mengapa lah kalau kau selesa dengan cara itu.
P/S: kepada si gadis buta
aku doakan kejayaan kau dalam bidang lakonan yang kau ceburi tanpa kau sedari
"mungkinlah"
apa pya cerita panjang2..bek ang ckp dia kaki kencing...
ReplyDeletehaha. dia tak de lah kencing mana kan. dia berdrama.
ReplyDelete