Sambil merenung ke tingkap sana, hati ku mula terdetik untuk mengada-ngada lah cerita sedikit sebanyak pasal aku. mungkin tak semua lah akan aku cerita. "Ima Chanduri?" ohh! aku cuma insan biasa yang, yang tinggal ditempat biasa iaitu di Ulu Kelang (sebenarnya aku pun tak beberapa nak pasti ejaan untuk ulu tu. sama ada Hulu atau Ulu, dan aku masih keliru sama ada ulu kelang ni masih dalam kawansan Ampang atau tidak, sebab dalam alamat rumah aku tu ada tulis ampang, aku rasa tempat ni dah keluar dari Ampang) eh tak perlu nak persoalkan pasal ini sangat lah kan. Di mana pun aku tinggal semestinya di tempat yang biasa-biasa. aku juga di kelilingi oleh orang-orang yang biasa dan aku membesar dengan cara yang biasa. Makanan dan minuman? masih! masih aku makan dan minum benda yang biasa, semua aku sapu selagi benda tu halal kan. so far belum ada lagi lah benda-benda yang aku tak boleh suap kan, maklumlah orang biasa lah kan, belum ada list-list benda yang tak boleh makan.Apa lagi apa lagi?
sekarang aku nak list kan sedikit pasal perangai aku.
- Memang suka buat hal sendiri! nak cakap aku gila la ni? sila kan! selagi kau belum sentuh aku cakap lah apa kau nak cakap.
- Sedikit sombong. sebenarnya bukan lah sombong mana cuma tak reti sangat lah nak bertegur-sapa ni.
- Gila Video Game! yaa! aku memang gila kot dengan benda ni! suka hati korang nak cakap apa kan. benda ni yang jadi teman baik aku bila aku sunyi/sedih/tertekan/dan seangkatan dengan nya.
- Gila Melalak! melalak yang di maksud kan dekat sini adalah karaoke, memang suara aku tak sedap pun macam korang. cuma aku memang suka menyanyi yang biasa-biasa je. InsyaAllah episode akan datang aku akan selitkan video yang aku menyanyi.
- Suka Memasak! dulu dulu mungkin lah kan kene paksa dengan abang dan kakak, biasa lah anak bongsu memang selalu kena buli, tapi lama-lama dah jadi suka masak. ada jugak lah akau cuba-cuba buat resepi sendiri! nak cuba? okayy! kalau aku ingat nanti aku akan update dalam episode akan datang.
- Tak suka ambil tahu pasal benda yang tak ada kaitan dalam hidup aku. Nak bergossip dengan aku pasal benda yang merepek? sory lah! tak amik port!
- Garang? kata nya...! entah aku pun tak tahu lah dekat celah mana orang cakap aku garang kan. tp kalau dah buat benda yang buat aku naik Hangin macam mana aku tak marah kan!
- I Hate You bi**h.! for those yang rasa aku tujukan untuk kau! please get your life! sumpah aku tak tahu apa masalah kau! aku rasa aku tak ada hutang apa-apa dengan kau! kenapa kau tak boleh nampak aku senang?!
- I LOVE MY SELF.
- thats all.
No comments:
Post a Comment