Seperti biasa
aktiviti ku bila weekdays ni kan
bangun awal pagi
siap-siap untuk pergi menjalankan tugasan ku sebagai seorang pekerja biasa
haishh. hari ini memang aku tak tahu kenapa aku rasa macam nak cuti lagi
maklum lah hari rabu aku baru mula kerja
waktu perjalanan ke pejabat tu
seperti biasa lah traffic jam memang sentiasa mencemburui hidup aku
dekat mana-mana saja mesti dia mengekori hidup aku.
tak mengapa aku sudah lali dengan semua ini
tapi hari ni berbeda dengan hari lain
sebab Jam hari ni di tempat lain
sempat lagi aku selongkar handbag ku untuk mencari telefon bimbit ku
sempat jugak lah kan aku berbalas-balas massage dengan dia.
beberapa minit kemdian baru lah aku dapat tahu jalan yang biasanya tidak lah sesak seteruk ini tiba2 sesak
rupanya ada pembaikan saluran air bawah tanah yang dilalukan oleh JKR
ya ampun.. kenapa lah diorang buat aktiviti mulia ni waktu-waktu macam ni.
(tapi bila aku fikir balik mungkin mereka baru dapat laporan kerosakan. ya. jangan marah. chill)
huh. sebab ini aku sampai lewat ke office dan aku harus balik lewat lah hari ini untuk mencukup kan waktu kerja ku selama 9 jam.
tak apa lah mungkin semua ada hikmah nya.
setiba nya aku di pejabat
biasalah akan dapat kata-kata semangat pagi daripada rakan-rakan sekerja kalau lewat ke pejabat
ni aku senaraikan kata-kata semangat mereka. kalau korang nak pinjam ayat ni pun boleh.
atau hakikatnya memang korang dah tahu?
1."awalnya sampai?"
2."eh cepat nya cik ima sampai?"
3."eh, baru pukul berapa cik ima dah sampai?"
ya kawan-kawan kata-kata semangat korang semua pagi ini amat memberi ku rangsangan untuk terus menjadi seorang pekerja yang productive.
terima kasih.
No comments:
Post a Comment