untuk melaburkan seberapa jumlah wang simpanan ku
sebenarnya di paksa oleh orang tua ku yang tiap hari menayakan perkara yang sama
"ima dah masukkan kan duit dalam bank rakyat?"
di sebuah bank yang agak terkemuka iaitu (sudah aku selit kan dalam skrip di atas)
tiba-tiba riuh rendah berlaku di suatu sudut dalam bank tersebut
teringin lah aku tahu apa yang berlaku sebenarnya
baru aku nampak ada seorang pakcik yang diserang sawan
huh.
aku buntu tak tahu nak buat apa
memandangkan ada ramai kaum adam yang sedang membantunya
aku dari belakang cuma boleh berdoa agar tiada kecelakaan yang akan berlaku
makin lama keadaan makin kecoh dan sesak dengan makcik-makcik yang panik dan menjerit
"makcik jgn lah panik, semua akan okay. saya risau makcik yang tidak okay nanti"
dalam beberapa minit kemudian
pakcik tadi tiba-tiba tersedar dan terkejut dengan apa yang jadi
dengan orang ramai yang sedang mengusap belakang pakcik itu dan mengipasnya dengan kertas surat khabar dan flyers yang diberi oleh pihak bank itu mungkin
waktu tu aku tertawa kecil sebab agak lucu sewaktu pakcik itu terkejut
"eh! ima itu tidak kelakar okay!"
bila keadaan reda adalah seorang abang ni angkat pakcik tersebut ke atas kerusi dan usap-usap belakang pakcik itu
keadaan kembali reda apa bila anak kepada pakcik tersebut tiba di tempat kejadian untuk membawa pulang pakcik itu
tiba-tiba aku terfikir
Alhamdullilah lah buat masa ini kedua-dua ayah dan ibu ku tidak menghidap penyakit sedemikian
kalau tidak mesti hati ku resah bila berjauhan dengan mereka.
dalam tidak sedar ku
nombor giliran aku sudah di panggil
itu sahaja yang aku mahu cerita kan hari ini
sekian.
sampai disini sahaja coretan saya pada petang ini
No comments:
Post a Comment