Awak kene faham sebab apa
saya cemburu tengok awak bahagia dengan orang lain
sebab saya sayangkan awak
Awak kene faham sebab apa
kadang kadang saya merajuk dengan awak
sebab saya nak perhatian dari awak
Awak kene faham sebab apa
saya selalu contact awak
sebab saya rasa sunyi tanpa awak
Awak kene faham sebab apa
saya selalu marahkan awak
sebab saya nak awak jadi yang terbaik untuk diri awak sendiri
Awak kene faham sebab apa
saya buat byk perngorbanan demi awak
sebab saya nak hidup selama-lama nya dengan awak
Awak kene faham sebab apa
sebab apa saya selalu mengadu masalah saya dekat awak
sebab awak lah segala-galanya bagi saya
Awak kene faham sebab apa
saya selalu ucapkan terima kasih dekat awak
sebab saya nak awak tahu saya selalu menghargai awak
Awak kene faham sebab apa
saya terlalu cinta kan awak
sebab bagi saya awaklah yang terbaik yang pernah saya kenal
Awak kene faham sebab apa
saya pergi dulu
sbb saya cuma nak awak bahagia dengan permintaan awak
Awak walaupun kita dah tak macam dulu
tapi cuma awak yang ada dalam hati saya dari dulu sampai sekarang
awak walaupun kita dah tak macam dulu
saya sentiasa risaukan awak fikir kan awak
Awak walaupun kita dah tak macam dulu
saya nak awak sentiasa dalam keadaan baik
Saturday, 30 April 2011
Wednesday, 27 April 2011
Sekadar Berkongsi
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.
Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
Tuesday, 19 April 2011
kejadian di bank rakyat
didalam kesesakan aku sanggup menunggu numbor giliran ku
lebih kurang begini lah skrip yang kedua orang tua ku tnya
(aku tak kesah kalau kau tak pernah dengar nama bank tu)
jengket jengket
kata-kata dari sudut kamar hati ku je
sekali lagi hati ku bersuara
untuk melaburkan seberapa jumlah wang simpanan ku
sebenarnya di paksa oleh orang tua ku yang tiap hari menayakan perkara yang sama
"ima dah masukkan kan duit dalam bank rakyat?"
di sebuah bank yang agak terkemuka iaitu (sudah aku selit kan dalam skrip di atas)
tiba-tiba riuh rendah berlaku di suatu sudut dalam bank tersebut
teringin lah aku tahu apa yang berlaku sebenarnya
baru aku nampak ada seorang pakcik yang diserang sawan
huh.
aku buntu tak tahu nak buat apa
memandangkan ada ramai kaum adam yang sedang membantunya
aku dari belakang cuma boleh berdoa agar tiada kecelakaan yang akan berlaku
makin lama keadaan makin kecoh dan sesak dengan makcik-makcik yang panik dan menjerit
"makcik jgn lah panik, semua akan okay. saya risau makcik yang tidak okay nanti"
dalam beberapa minit kemudian
pakcik tadi tiba-tiba tersedar dan terkejut dengan apa yang jadi
dengan orang ramai yang sedang mengusap belakang pakcik itu dan mengipasnya dengan kertas surat khabar dan flyers yang diberi oleh pihak bank itu mungkin
waktu tu aku tertawa kecil sebab agak lucu sewaktu pakcik itu terkejut
"eh! ima itu tidak kelakar okay!"
bila keadaan reda adalah seorang abang ni angkat pakcik tersebut ke atas kerusi dan usap-usap belakang pakcik itu
keadaan kembali reda apa bila anak kepada pakcik tersebut tiba di tempat kejadian untuk membawa pulang pakcik itu
tiba-tiba aku terfikir
Alhamdullilah lah buat masa ini kedua-dua ayah dan ibu ku tidak menghidap penyakit sedemikian
kalau tidak mesti hati ku resah bila berjauhan dengan mereka.
dalam tidak sedar ku
nombor giliran aku sudah di panggil
itu sahaja yang aku mahu cerita kan hari ini
sekian.
sampai disini sahaja coretan saya pada petang ini
Thursday, 14 April 2011
Duhai Si Gadis Buta
"Peminta sedekah di kedai kedai makan"
kalau korang cakap tak pernah nampak aku berani bet korang tipu.
nak cerita sikit pasal ni tp kejadian di berlaku 2 bulan lepas rasa nya
korang tahu restoran mamak Ali Maju dekat bukit antarabangsa sana?
dekat situ lah tempat aku
lepak-lepak dan fikirkan nasib ku ini minum selepas tamat waktu kerja ku
selalu nya aku disini bila parents aku outstation
ada satu kali ni
sedang aku lepak-lepak di sana
sedap-sedap makan tosei yang sememang nya kick rasa nya dekat restoran mamak ini
datang lah seorang gadis
(gadis ke? nak cakap makcik tak lah tua sangat. gadis sedap sikit kan)
dekat aku dengan membawa sebatang tongkat.
gadis tu diiringi seorang kanak2 perempuan yang lebih kurang 12 tahun usia nya
tidak sempat abis apa kanak-kanak tu cakap,
dengan segera aku hulurkan rm1 kepada dia
dengan ucapan terima kasih dia berlalu pergi ke meja makan lain
"sory lah adik kakak lapar ni, malas nak dgr kau cakap apa"
sesudah makan aku tunggu perut aku yang senak dengan tosei yang marvelous ni reda dulu.
sesudah itu dengan segera aku pergi ke kaunter pembayaran untuk membayar teh'o ais dan sekeping tosei yang baharu sahaja aku makan tadi
semasa perjalanan menuju ke kereta aku aku ternampak gadis buta tadi sedang berjalan lenggang tanpa menggunakan tongkat simpati nya
tanpa melengah aku mengekori gadis tersebut.
waterpark!!!
gadis yang aku beri derma tadi sedang mengstart kereta proton waja dan berlalu pergi
apakan daya aku
hebat sungguh gadis tersebut
mampu memandu kereta mungkin dengan menggunakan deria sahaja
huh
duhai hamba -hamba Allah sakalian tak ada cara lain ke nak dapatkan pendapatan sampingan?
cara itu kan yang kau pilih.
tak mengapa lah kalau kau selesa dengan cara itu.
P/S: kepada si gadis buta
aku doakan kejayaan kau dalam bidang lakonan yang kau ceburi tanpa kau sedari
"mungkinlah"
Tuesday, 12 April 2011
Traffic Jam Selalu Mencemburui Aku
Seperti biasa
aktiviti ku bila weekdays ni kan
bangun awal pagi
siap-siap untuk pergi menjalankan tugasan ku sebagai seorang pekerja biasa
haishh. hari ini memang aku tak tahu kenapa aku rasa macam nak cuti lagi
maklum lah hari rabu aku baru mula kerja
waktu perjalanan ke pejabat tu
seperti biasa lah traffic jam memang sentiasa mencemburui hidup aku
dekat mana-mana saja mesti dia mengekori hidup aku.
tak mengapa aku sudah lali dengan semua ini
tapi hari ni berbeda dengan hari lain
sebab Jam hari ni di tempat lain
sempat lagi aku selongkar handbag ku untuk mencari telefon bimbit ku
sempat jugak lah kan aku berbalas-balas massage dengan dia.
beberapa minit kemdian baru lah aku dapat tahu jalan yang biasanya tidak lah sesak seteruk ini tiba2 sesak
rupanya ada pembaikan saluran air bawah tanah yang dilalukan oleh JKR
ya ampun.. kenapa lah diorang buat aktiviti mulia ni waktu-waktu macam ni.
(tapi bila aku fikir balik mungkin mereka baru dapat laporan kerosakan. ya. jangan marah. chill)
huh. sebab ini aku sampai lewat ke office dan aku harus balik lewat lah hari ini untuk mencukup kan waktu kerja ku selama 9 jam.
tak apa lah mungkin semua ada hikmah nya.
setiba nya aku di pejabat
biasalah akan dapat kata-kata semangat pagi daripada rakan-rakan sekerja kalau lewat ke pejabat
ni aku senaraikan kata-kata semangat mereka. kalau korang nak pinjam ayat ni pun boleh.
atau hakikatnya memang korang dah tahu?
1."awalnya sampai?"
2."eh cepat nya cik ima sampai?"
3."eh, baru pukul berapa cik ima dah sampai?"
ya kawan-kawan kata-kata semangat korang semua pagi ini amat memberi ku rangsangan untuk terus menjadi seorang pekerja yang productive.
terima kasih.
Monday, 11 April 2011
Syukur!
Alhamdulillah.
episode lalu aku ada bercakap pasal kredit kad aku kan
(bercakap? pelik ke? okay okay aku tukar)
episode lalu aku ada bercerita pasal kredit kad aku kan.
huhhhh...
*konon2 bunyi nafas lega
ya! memang aku dah lega sebab mungkin i tercicir dekat mana mana
dan tak ada orang jumpa dan pakai kad tu.
dan sudah terminate kan dah kad kredit tu.
dan i pun happy.
dan berapa byk dan i nak pakai lah.
ahaha
okay hari ni apa yang aku boleh kongsikan dengan korang ek?
erm.
sambil mendongak ke kiri dan ke kanan.
memikirkan apa yang jadi hari ni.
sampai sini je coretan hari ini.
assalamualaikum!
Thursday, 7 April 2011
oh credit card!
hari ni hari paling malang aku rasa nya.
macam macam yang jadi.
dekat office.
dekat rumah.
dekat dalam kereta
dekat kedai makan
hurm
bukan tu yang aku nak cerita sebenarnya.
tapi..
haishh.
kad kredit aku dah hilang wehh!
adoi laa.. mcm mana lah boleh jadi mcm ni
cuai sangat ke aku?
aku harap sangat tak ada benda buruk jadi.
oh sang penjumpa kredit kad aku.
aku akan belanja kau pakai kredit kad aku tu selama satu hari
lol!
aku serius ni.
tolong yehh
Monday, 4 April 2011
Aku Kalah Lagi!
korang pernah game nama DOTA?
game ni selalu nya cowok-cowok je yang suka main,
tp aku yang perempuan ni pun suka main!
memang susah nak tgk perempuan main game ni.
kalau nak tengok jugak perempuan main, memang ada.
kene datang tournament dota ni ah
dekat sana ada team perempuan yang main.
baru-baru ni ada diorang buat tournament ni dekat I-City
tapi aku tak sempat pergi. biasa lah busy dengan kerja.
busy ? busy ke? atau buat-buat busy je kan? haha
Arrrgggh!!!!!!!!
HA! cakap pasal dota ni kan!
Haishhh!
memang aku tak ada bakat main dota ke apa?
kenapa aku selalu kene maki dengan diorang kalau main game ni?
kenapa aku asyik kalah dalam game ni?
bila aku boleh kalah kan lelaki-lalaki yang berlagak sangat dalam Garena ni?
korang tunggu!
satu hari nanti pasti aku boleh kalah kan korang jugak!
aku benci gila!!
Loser!
Sunday, 3 April 2011
Si Chanduri si Insan Biasa
Sambil merenung ke tingkap sana, hati ku mula terdetik untuk mengada-ngada lah cerita sedikit sebanyak pasal aku. mungkin tak semua lah akan aku cerita. "Ima Chanduri?" ohh! aku cuma insan biasa yang, yang tinggal ditempat biasa iaitu di Ulu Kelang (sebenarnya aku pun tak beberapa nak pasti ejaan untuk ulu tu. sama ada Hulu atau Ulu, dan aku masih keliru sama ada ulu kelang ni masih dalam kawansan Ampang atau tidak, sebab dalam alamat rumah aku tu ada tulis ampang, aku rasa tempat ni dah keluar dari Ampang) eh tak perlu nak persoalkan pasal ini sangat lah kan. Di mana pun aku tinggal semestinya di tempat yang biasa-biasa. aku juga di kelilingi oleh orang-orang yang biasa dan aku membesar dengan cara yang biasa. Makanan dan minuman? masih! masih aku makan dan minum benda yang biasa, semua aku sapu selagi benda tu halal kan. so far belum ada lagi lah benda-benda yang aku tak boleh suap kan, maklumlah orang biasa lah kan, belum ada list-list benda yang tak boleh makan.Apa lagi apa lagi?
sekarang aku nak list kan sedikit pasal perangai aku.
- Memang suka buat hal sendiri! nak cakap aku gila la ni? sila kan! selagi kau belum sentuh aku cakap lah apa kau nak cakap.
- Sedikit sombong. sebenarnya bukan lah sombong mana cuma tak reti sangat lah nak bertegur-sapa ni.
- Gila Video Game! yaa! aku memang gila kot dengan benda ni! suka hati korang nak cakap apa kan. benda ni yang jadi teman baik aku bila aku sunyi/sedih/tertekan/dan seangkatan dengan nya.
- Gila Melalak! melalak yang di maksud kan dekat sini adalah karaoke, memang suara aku tak sedap pun macam korang. cuma aku memang suka menyanyi yang biasa-biasa je. InsyaAllah episode akan datang aku akan selitkan video yang aku menyanyi.
- Suka Memasak! dulu dulu mungkin lah kan kene paksa dengan abang dan kakak, biasa lah anak bongsu memang selalu kena buli, tapi lama-lama dah jadi suka masak. ada jugak lah akau cuba-cuba buat resepi sendiri! nak cuba? okayy! kalau aku ingat nanti aku akan update dalam episode akan datang.
- Tak suka ambil tahu pasal benda yang tak ada kaitan dalam hidup aku. Nak bergossip dengan aku pasal benda yang merepek? sory lah! tak amik port!
- Garang? kata nya...! entah aku pun tak tahu lah dekat celah mana orang cakap aku garang kan. tp kalau dah buat benda yang buat aku naik Hangin macam mana aku tak marah kan!
- I Hate You bi**h.! for those yang rasa aku tujukan untuk kau! please get your life! sumpah aku tak tahu apa masalah kau! aku rasa aku tak ada hutang apa-apa dengan kau! kenapa kau tak boleh nampak aku senang?!
- I LOVE MY SELF.
- thats all.
Hari ini Hari Ahad
Ding Dong Ding! huaaarrrgghh! (menguap lah konon-kononkan),
sambil aku buka kekunci telefon bimbit ku untuk membunuh alarm yang bingit mengejutkan ku dari tidur lena ermm. seperti biasa lah setiap pagi hujung minggu mesti ada massage dari si ZN.
(siapa si ZN tu? nak tahu? ha! tunggu mungkin dalam episode akan datang akan aku beri tahu kalian)
Selepas beberapa kali aku kami berbalas-balas massage,
Selepas beberapa kali aku kami berbalas-balas massage,
Dengan perlahan aku menggapai tuala yang aku gantung dibelakang pintu.
tak tahu lah kenapa hari ni aku malas GILA nak bangun!wahh! ahad kan hari ni.
apa yang aku nak cerita dekat sini walaupun hari ini hari ahad
(hari yang semua orang duduk santai dekat rumah! cis! jangan ingat aku tak cemburu dekat korang?)
aku tetap pergi ke pejabat memandangkan kerja yang agak bertimbun-timbum.
tu je. haha. jangan nak excited sangat lah. sampai sini je kot!
p/s: aku main attach je gambar yg aku rasa sesuai haha
tu je. haha. jangan nak excited sangat lah. sampai sini je kot!
Subscribe to:
Posts (Atom)